Kamera
pertama yang berjaya dihasilkan ialah kamera Obscura, dan ia merupakan
kamera pertama yang berfungsi dan mampu menangkap dan menghasilkan
gambar. Namanya disebut sebagai Obscura yang diambil dari bahasa latin
yang bermaksud ruang gelap. Kamera Obscura merupakan kamera yang
diperbuat dalam bentuk kotak dan dapat memantulkan cahaya melalui
penggunaan dua buah lensa konveks, kemudian gambar yang di tangkap akan
terakam pada sehelai kertas atau filem dan filem tersebut berada pada
pusat focus dari lensa tersebut. Kamera Obscura terhasil dari kajian
pengkaji muslim yang bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan kajianya
di tulis di dalam bukunya yang berjudul “Books of Optics”(1015-1021).
Sementara itu, pada tahun 1660-an pengkaji yang berasal dari barat iaitu Robert Boyle dan pembantunya yang bernama Robert Hooke menemukan portable kamera obscura. Namun kamera pertama yang praktikal dan berbentuk kecil telah di hasilkan olah Johann Zahn dan penemuan ini berlaku pada tahun 1685. Kamera pada awalnya banyak menerapkan prinsip model Zhann di mana ianya perlu menggunakan slide tambahan yang di gunakan untuk memfokuskan objek yang ingin dirakam. Cara penggunaan sistem tersebut adalah dengan menambahkan sebuah plat sensitive di hadapan lensa kamera yang digunakan sebelum melakukan pengambilan gambar.

Perkembangan
kamera terus berlanjutan, dan Jacques Daguerre merupakan salah seorang
yang berperanan dalam perkembangan teknologi kamera. Daguerre di
lahirkan pada tahun 1787 di Cormeilles di Perancis Utara. Semasa masih
muda, beliau merupakan seorang seniman. Apabila berumur 30-an, beliau
mendapat satu idea apabila beliau mempamerkan hasil lukisan
pemandanganya dengan bantuan kesan cahaya. Beliau berasa tertarik
apabila melihat perkembangan satu mekanisma yang menyebabkan beliau
ingin menghasilkan lagi satu lukisan yang sama tanpa perlu melukis dan
mewarnakan semula. Erti kata lainya beliau ingin lukisan dibuat secara
outomatik sahaja. Beliau merasakan ini mungkin terjadi dengan bantuan
kamera.
Tahun
1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat
besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lensa seberat 500 pound.
Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang
diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan
bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.
Obscura
telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen
pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih
kecil dan yang terkini ialah kamera digital.
Di awal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex).

Tidak ada komentar:
Posting Komentar